5 TEKNIK PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

1. Matlamat
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan seharusnya mempunyai matlamat yang jelas terhadap pelajaran mereka. Mereka kena tahu berapa target untuk peperiksaan nanti. Tak cukup sekadar tahu sahaja bahkan mereka kena tuliskan target tersebut di satu kertas dan lekatkan di tempat yang mereka selalu lihat.
.
Kenapa perlu lekat dan selalu lihat? Apa yang manusia lihat boleh mempengaruhi tindakan sehariannya. Justeru itu, sekiranya mereka lihat nak dapat 10 A dalam peperiksaan maka mereka tak boleh malas, tak boleh bertangguh, dan tak boleh main-main lagi. Boleh semua?
.
2. Tetapkan jadual belajar
Kenapa jadual belajar penting? Sebab jika pelajar gagal menyusun jadual belajar, mereka akan belajar mengikut mood sahaja. Ada mood maka akan belajar, jika tidak ada mood maka tidak belajar. Masalahnya adalah mood nak belajar tu selalunya sangat minima.
.
Dalam tempoh detik-detik akhir sebegini tidak dapat tidak mereka harus menetapkan masa khusus untuk belajar. Macam mana caranya? Dengan buat jadual belajar. Pastikan mereka belajar minimum 3 jam sehari. Pecahkan 3 jam itu dengan sejam di waktu pagi, sejam diwaktu petang, dan sejam lagi di waktu malam. InsyaaAllah, jika mereka peruntukan 3 jam belajar setiap hari pasti akan cemerlang.
.
3. Latihan dan soalan
Pada waktu pecutan akhir begini masa untuk membaca semua buku teks sudah hampir mustahil. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Salah satu cara short cut dan agak berkesan adalah dengan menjawab set latihan dan soalan peperiksaan sebelum ini. Dengan cara ini bukan sahaja anda akan tahu bab-bab pelajar yang penting bahkan anda akan belajar bagaimana nak membiasakan diri dengan bentuk soalan sebenar.
.
4. Jaga solat
Solat ni bukan masa dah hampir peperiksaan je kena jaga, tapi wajib jaga sepanjang hayat. Tapi bila dah dekat waktu peperiksaan boleh lebihkan sikit solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat dan solat taubat. Solat itu adalah pintu ketenangan, dan jiwa yang tenang akan mudah untuk menerima ilmu. Terkadang kita belajar sikit Allah berikan kita faham banyak. Sebab Allah jualah yang berkehendak pada kejayaan kita. Jadi jangan tinggal solat tau!
.
5. Restu ibu bapa dan guru
Part ni memang memang penting. Saat-saat akhir begini amat penting kita dapatkan restu dan doa dari individu yang penting dalam hidup kita ni. Siapa mereka pastinya ibu bapa dan guru. Ibu bapa telah berkorban segalanya untuk melihat kejayaan kita, bahkan terlalu tinggi harapan mereka untuk kita berjaya. Oleh itu, sentiasalah berbakti kepada ibu bapa dan jangan pernah melukai perasaan mereka. Kerana redha Allah terletak kepada redha kedua ibu bapa.
.
Seterusnya, insan yang juga banyak berkorban dan mengajarkan kita ilmu adalah guru. Tanpa mereka tak pandai kita membaca, tak tahu kita mengira, dan tak kenal kita huruf alif, baa, taa. Jangan sombong dan angkuh pada guru sebab keberkatan ilmu terletak pada restu seorang guru. Andai saja kita pernah mengguris perasaan mereka segera minta maaf pada mereka. Bukankah mereka seumpama ibu bapa kita di sekolah?
.
Selamat mencuba semua. Jika anda rasa ia memberi manfaat sebarkan pada insan lain agar mereka juga peroleh manfaat.
.
Like & share!
.

#CguJumat

#TipsBelajarDotCom

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *