5 TIPS JAWAB PEPERIKSAAN

1# Semasa menjawab soalan aneka pilihan, kenalpasti keyword.
.
Mula-mula, potong jawapan yang anda tahu ianya salah. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
.
2# Semasa menjawab soalan esei, buat rangka jawapan.
.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
.
3# Semasa menjawab soalan esei, jawab pada kehendak soalan.
.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci.Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
.
4# Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan pada waktu terakhir.
.
Periksa jawapan. Elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan peperiksaan. Pastikan anda telah menjawab semua soalan.
.
Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan).
.
5# Analisa jawapan anda 2 kali
.
Berdoa dan bertawakal kepada Tuhan setelah melakukan yang terbaik. Yakin dengan usaha sendiri.
.
Like & Share

#CguJumat

#TipsBelajarDotCom

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *