BAHAYA LUPA

Kenapa agaknya lupa itu sesuatu yang bahaya? Mudah je, pernah tak anda dengar ada kes rumah terbakar kerana disebabkan terlupa nak tutup dapur gas ketika memasak?
.
Pernah tak anda dengar kes kemalangan disebabkan pemilik kenderaan yang lupa nak servis kereta?
.
Pernah tak anda dengar kes anak hampir mati lemas dalam kereta disebabkan ibu kunci kereta dan terlupa anak dalam kereta?
.
Saya yakin dan percaya anda pasti pernah dengar bukan. Justeru itu, sesuatu masalah besar pasti akan bermula dengan masalah yang kecil.
.
Contohnya penyakit lupa yang kecil-kecil ini jika anda tak atasi akan mengundang bahaya yang besar.
.
Sebenarnya penyakit ini disebut ‘Short Term Memory Lost’. Boleh ke masalah ini diatasi dan bagaimana caranya?
.
Jawapan saya setiap masalah pasti ada penyelesaian. Mari saya kongsikan kepada anda cara mudah untuk mengatasi masalah ini.
.
Selesaikan dengan teknik ‘Loud Voice/Suara Besar’. Bagaimana tu, saya bagi anda contoh situasi mudah seperti ini.
.
Katakan anda sedang melakukan aktiviti memasak, untuk memastikan anda tidak terlupa memadamkan dapur itu anda haruslah bercakap dengan diri sendiri menggunakan suara yang kuat sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.
.
Contohnya:
“Lepas masak nanti jangan lupa padamkan dapur.”
.
Otak kita akan diprogramkan apabila ia mendengarkan arahan suara kita dan ia akan respon untuk menghasilkan tindakan dan perbuatan.
.
Semakin kerap anda ulang tindakan yang anda ingin buat dengan suara yang kuat, semakin anda ingat apa yang anda sedang lakukan.
.
Ingat ye, kuat disini bukan bermaksud anda perlu menjerit. Cukuplah sekadar anda mendengarkannya dan seolah anda berbicara pada diri.
.
Sebab tu dalam solat pun ada ‘Rukun Qauli’ bagi memperdengarkan bacaan solat pada telinga sendiri. Fungsinya sama, dengan memahami maksud surah yang dibaca maka ia akan memberi arahan kepada otak bagi menghasilkan tindakan.
.
Faham ke faham ni? Jika faham kongsikan pada rakan-rakan lain, semoga ramai yang berjaya mengatasi penyakit lupa ini.
.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

#CguJumat

#TipsBelajarDotCom

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *