ADAB BELAJAR DI KELAS ONLINE

Pernah tak anda dengar ada pelajar ni nampak biasa-biasa je dalam kelas dan tak lah terlalu menonjol pencapaian akademiknya. Namun, pabila dah habis SPM kita tengok dia boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Bahkan selesai habiskan pelajaran di IPT dia cepat pula dapat tawaran kerja dan boleh kata macam tak sempat nak bergelar penganggur.
.
Ya itulah nama keberkatan ilmu daripada guru. Macam mana nak mendapatkan keberkatan ilmu terhadap guru?
.
Jawapannya anda kena jaga adab dengan guru ketika belajar. Tak kira dalam kelas sebenar ataupun kelas online.
.
Sebab apa sekali guru kita tak redha akan ilmunya pada kita saat itu anda akan lihat ia akan memberi kesan dalam pembelajaran anda bahkan yang lebih buruk lagi ia akan memberi kesan buruk pada kehidupan anda.
.
So supaya korang tak jadi macam tu Cgu kongsikan 8 tips jaga adab dalam kelas online:
.
Tips 1 – Guna nama sebenar ketika anda join group meeting dalam aplikasi pembelajaran. Kan nama korang dah cantik dan ia adalah penghargaan yang diberikan oleh ibu bapa yang meletakkan nama kalian. So jangan lah letak nama yang bukan-bukan pada paparan nama dalam kelas online.
.
Tips 2 – Guna gambar sebenar dalam profile aplikasi anda. Tak payah nak kebudak-budakan sangat guna gambar kartun dan gambar yang takde kena mengena pun dengan wajah korang.
.
Tips 3 – Semasa kelas buka paparan camera jangan off paparan camera. Cikgu akan lebih bersemangat mengajar pabila mereka nampak wajah korang semasa kelas, dan ia merupakan interaksi secara langsung pabila korang boleh bertatap wajah dengan guru walaupun hanya dalam aplikasi online.
.
Tips 4 – Semasa guru anda sedang mengajar ‘mute’kan aplikasi ‘mic’ anda dan jika hendak bertanya soalan anda hendaklah bergilir-gilir dengan kawan-kawan lain. Dalam bahasa mudahnya korang janganlah buat bising masa kelas berlangsung, agar mudah korang memahami apa yang cikgu nak sampaikan.
.
Tips 5 – Masuk awal ketika kelas online bermula. Biarlah kita yang tunggu guru dan bukan guru yang tunggu pelajar. Yang nak belajar tu kan kita, so kena masuk awal.
.
Tips 6 – Sentiasa hadir kelas walaupun sekadar kelas online. Harus anda ingat guru yang buat kelas tu pun banyak komitmen lain tapi still nak buat kelas demi memandaikan anak bangsa. So kalau guru-guru bersemangat buat kelas korang kena dua tiga kali ganda lebih bersemangat untuk hadir kelas.
.
Tips 7 – Minta izin jika anda nak keluar awal. Macam mana caranya? Anda boleh chat guru anda ‘Privately’ untuk menyatakan apakah sebab anda keluar session. Jangan tiba-tiba anda left dan menghilang tanpa apa-apa berita.
.
Tips 8 – Dah habis kelas ucapkanlah “Terima Kasih”. Nampak senang je perkataan ni tapi ramai pelajar tak sebut saat kelas selesai dengan guru. Terima kasih tu penghargaan sebab guru korang sanggup ajar walaupun dengan cara online. Boleh semua?
.
Sekian itu lah tips-tips yang Cgu sempat kongsikan kepada anda agar anda jadi pelajar zaman now yang berilmu dan beradab. Ok semua itu sahaja catatan Cgu kali ni.
.
Sekian, Terima Kasih.
.
#CguJumat
#KelasOnlineSejarah
#TipsBelajarDotCOm

2 thoughts on “ADAB BELAJAR DI KELAS ONLINE”

  1. Farisha Hanum

    Terima kasih cgu krn kongsikan tips yg sungguh bermanfaat kpd kami semua..n skrg kami semua hendaklah jaga adab dgn guru utk dptkn keberkatan ilmu😊😀

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *