KELAS ONLINE SEJARAH





Yessss.. TAHNIAH anda ditempat yang TEPAT! Meh Cgu bantu anda…

ehh jap.. sape Cgu Jumat nih?

tibe-tibe nak ajar pasal subjek sejarah dan teknik ingat semua ni?

Hai… ni lah Cgu..



Alhamdulillah hingga kini dah banyak TV, newspaper muka saya terpapar.. Radio pun dah banyak keluar suara saya.. Ebook dah macam-macam keluar.. Anugerah, adalah 1-2.. Seminar? kelas? coaching? dah tak terkira rasanya..

dan yang paling anda kena tahu adalah saya mendapat anugerah atau pengiktirafan tertinggi dari Lembaga Sertifikasi Trainer Indonesia iaitu Sertifikat Kompetensi Jasa Pendidikan. Di Malaysia hanya ada beberapa orang mendapat pengiktirafan ini dan Cgu adalah satu-satunya bumiputra.. tapi kenapa kita baru berjumpa ya? hehe.. anggaplah jodoh kita baru sampai.. 🙂

Latarbelakang pendidikan Cgu graduan Diploma Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan seterusnya Cgu melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling.

Oh ye.. Cgu pernah jadi guru kaunselor pelatih di SMKA Melor pada tahun 2019 dan disitulah Cgu pernah jadi Tutor kelas sejarah untuk pelajar SPM. Cgu dapati masalah utama pelajar tak kuasai subjek sejarah adalah mereka tak tahu teknik belajar yang betul.

Bahkan mereka tak tahu teknik ingat yang betul. So sejak daripada itu Cgu selalu mencari jalan bagaimana nak bantu pelajar sekolah untuk kuasai sejarah dengan mudah. Buktinya pelajar-pelajar Cgu ramai yang lemah dengan subjek sejarah dapat A ketika SPM sebenar. Ni antara buktinya…



Haa camner?

Ini adalah pelajar tahun lepas.. Calon SPM seperti anda juga.. ada yang merangkak nak belajar dan rasa tak suka belajar sejarah.. yang mendaki perlahan-lahan hingga result gempaq dalam SPM. Ini baru sebahagian sahaja.. banyak lagi pelajar berjaya menggunakan teknik ingat pantas dalam pembelajaran mereka.

Next?

Andalah pula..

Sebelum tu, sebenarnya bila Cgu buat survey masih ramai pelajar di Malaysia ni belum pernah dengar nama Kelas Online Sejarah Cgu..Itu yang belum terbuka hati nak masuk belajar Kelas Online Sejarah ni kan? Jom Cgu terangkan supaya anda semua faham..

Sehingga hari ni Cgu dah ajar ribuan pelajar diseluruh Malaysia bagaimana teknik ingat pantas dalam belajar. Malah sekarang ni telah berlangsung hampir 100 orang pelajar dalam kelas online sejarah Cgu tau…



Kelas online ni menggunakan platform Zoom.. Jangan bimbang walaupun ramai yang kata aplikasi Zoom ni bahaya tapi selepas Cgu periksa kebenarannya ternyata Zoom Malaysia telah buat penafian dan mereka telah mempertingkatkan sistem sekuriti aplikasi Zoom… Alaa bahasa mudahnya dah selamat untuk digunakan.


apa yang menariknya Kelas Online Sejarah ni? Anda boleh berinteraksi secara langsung dengan Cgu ketika kelas.. Boleh bertanya soalan jika ada yang tak faham… Semua nota dan bahan akan dibekalkan… Ada yang lagi best.. Kalau anda terlepas kelas tak perlu bimbang, sebab rakaman kelas anda boleh tengok semula di dalam Facebook Group tertutup…


Best ke best macam tu? Anda boleh ulang-ulang video kelas tu berkali-kali secara percuma dan ia memudahkan proses ulangkaji anda…


Berapa pelaburan ilmu yang pelu anda keluarkan untuk sertai Kelas Online Sejarah ni????

Pelaburan ilmu yang perlu anda buat hanya RM50 sahaja.
> 10 Sesi kelas
> Setiap sesi kelas selama 2 jam
> Jumlah jam terkumpul 20 jam


Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengubah pencapaian anda yang lebih cemerlang dalam SPM. Klik butang daftar dibawah dan pilih salah satu pakej sahaja.