TUTOR ANDA


Jumat Bin Mat Salleh atau lebih   dikenali sebagai Cgu Jumat,   merupakan graduan Universiti   Teknologi Malaysia (UTM)   dalam bidang Diploma   Pengurusan Teknologi pada   tahun 2010 di Kolej Teknologi   Darulnaim (KTD) dan seterusnya   melanjutkan pelajaran Ijazah   Sarjana Muda Pendidikan   Bimbingan & Kaunseling di   Universiti Islam Antarabangsa   Malaysia (UIAM).

Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam industri latihan dan telah menyampaikan ceramah di seluruh Malaysia. Beliau merupakan pengasas Modul Teknik Kemahiran Belajar SuperbMind yang telah membantu ribuan pelajar di seluruh negara.

Beliau pernah mendapat bimbingan daripada beberapa pakar-pakar motivasi seperti Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad, Dr Razali Maarof dan Tuan Haji Rosdi Baharom.Beliau juga merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah termuda peringkat Daerah Kunak, Sabah pada tahun 2012.

Beliau pernah menyampaikan motivasi di tiga buah universiti utama di Indonesia (Universiti Indonesia, Universiti Jakarta Indonesia & Universiti CB Jakarta) pada tahun 2014. Beliau juga merupakan pemegang ‘Certified Hypnotist’ daripada Indonesian Board Hypnotist (IBH) pada tahun 2015. Beliau juga pernah  dijemput menyampaikan ceramah motivasi di TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Beliau juga pernah dijemput dalam Radio Elnury Jakarta Indonesia dalam sesi motivasi pagi.


Galeri Cgu Jumat